Wednesday, 21 June 2017

Hakikat Sebuah Cinta 



Langit yang cerah serta pelangi yang indah sedang melengkapi suasana alam untuk menyinari kehidupan manusia yang mendatang  . Tidak lagi hanya untuk memandang keindahan itu , tetapi kamu sudah boleh untuk merasai lapisan warna yang ada padanya . Setiap dedikasi cinta yang ada , janganlah dibelai dan dibaja dengan salah . Cukuplah kamu mengajarkan erti berpada-pada dalam permainan cinta yang salah melainkan cinta pada Sang Pencipta . Janganlah jua kamu berlebih-lebihan dalam mengejar cinta kerana ia guru di dalam dusta . Cinta yang ada biarlah disitu , jangan kejutkan dan bangunkannya sehingga ia liar dipanahi suntikan cinta yang salah “cinta palsu ” .
     
Jikapun kamu ingin berkorban , cukuplah sekadarnya dengan tidak memberi apa-apa harapan . Harapanmu dan suaratan takdir jodoh kamu perlu memberi kebergantungan kepada Allah AzzaWajalla untuk mengukuhkan keimanan yang merupakan penentuan segala perkara bagi hambaNya . Harapan yang penuh bergantungan kepada Alllah yang menentukan  baik mahupun buruk kamu dengannya . Andai ada jodohmu bersamanya , mengembara ke serata benua mana sekalipun , akhir pokok pangkalnya kamu pasti akan disatukan juga . Jangan sekali-kali kamu menaruh atau memberi harapan . Harapan itu akan tiba apabila sudah sampai ketika dan waktunya yang sebenar . Oleh itu , kamu bersabar dan bertahanlah duhai hati yang kuat .

Seorang Ulama’ Sufi , Abdul Rahman Albani menulis dalam kitabnya , “ Jangan kamu memberi cita-cita , sedangkan kamu berdusta , jangan kamu beri harapan untuk kekenyangan , walhal kamu sendiri masih kelaparan ” .



Sungguhpun jauh juga kamu mencintainya , patuhilah had kelajuan dalam mengejarnya. Ada peraturan dan syarat yang patut dipatuhi , jangan kamu melanggar sesuka hati , takut-takut nanti kamu akan memakan hati . Seandainya ia meminta pertolongan dari kamu , bantulah ia sekadar yang diperlukan sahaja bukannya berusaha keras sehingga  didasari dengan terputik sebuah perasaan yang diduga . Kamu perlu berwaspada apabila memperolehi kata-kata manis yang dikeluarkan oleh mahram kamu kerana itu hanyalah jurang penipuan yang mencederakan hati perasaan kamu kelak . Tidak mungkin kamu boleh bertahan dengan keluhan hawa nafsu . Oleh itu , jauhilah permainan cinta yang boleh menjarakkan kamu dengan cinta yang sebenar-benar cinta iaitu “ Cintai Allah dan Rasul ” .

Allah Taala berfirman :
{  ولا تقربوا الزنا }
“ Dan janganlah kamu menghampiri zina ” . ( Surah Al-Israa’ : 32 ) 

Dalam Tafsir Ibnu Katsir telah menjelaskan ayat ini dari Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata : “ Allah Swt. Berfirman dalam rangka melarang hamba-hambaNya dari perbuatan zina dan larangan mendekatinya , iaitu larangan mendekati sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya ” .

Manusia yang tahu menjaga batas-batas pergaulan adalah ciri-ciri manusia yang berakhlak  . Batas pergaulan yang mesti dijaga apabila bersama dengan mahram dengan cara menutup aurat dengan sempurna , menjaga kelakuan dan juga jangan melunakkan suara .

Ramai yang tidak tahu apa itu erti cinta yang sebenar kerana itulah mereka sewenang-wenangnya menaburkan rasa cinta pada seseorang . Memelihara perasaan itu adalah sesuatu yang sangat sukar sekali .Sigmund Freud, ahli psikologi barat berkata , menajaga perasaan sendiri lebih sukar daripada aktiviti mendaki gunung tinggi bersalji dan menyelam di dalam laut dalam . Maknanya , kalua perasaan itu sudah bermula berputik , ia agak sukar untuk menamatkannya .

Sepatutnya cinta yang dibenarkan perlu disemai supaya lebih bertambah erat dan intim iaitu cintai Allah swt, cintai Nabi Muhammad saw , cinta suami isteri , cintai saudara islam kita yang lain lebih dari diri kita sendiri , cintai kedua ibu bapa , cintai alam dan cintai diri sendiri .  Tetapi persoalan yang diberikan disini , bagaimana ingin menguruskan cinta . Cinta perlu bertunjangkan asas-asas Islam seperti akhlak , akidah dan syariat Islam .

“ Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin ” . Itulah sabda Nabimu , satukan doamu dalam doanya . Biarlah dia tidak tahu , asalkan Allah dan dirimu tahu keberadaan cintanya dihatimu . Jika dia Allah pilihkan untukmu , ketika itu kamu tidak perlu takut untuk menjerit “ I LOVE YOU ” sekuat-kuatnya . Cinta hakiki pasti kekal abadi hingga damai di sana .

No comments:

Post a Comment