Tuesday, 11 April 2017

MUSAFIR ILMU


Assalamualaikum pembuka bicara ,
Buat sahabat-sahabat budiman ,
Semoga sentiasa dalam payungan rahmat-Nya,

Buat pertama kalinya saya bersama ahli kumpulan ditugaskan untuk menyiapkan blog bagi subjek “Communication Technology” yang berunsurkan elemen islamik..Alhamdulillah alaa kulli hal..Terlebih dahulu ribuan ucapan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah kesayangan kami iaitu Puan Sofia Hayati Binti Yusoff kerana  telah memberikan kami peluang untuk mengorak langkah dari bawah .Bagi kami ini adalah peluang keemasan yang sangat bermakna . Semoga di kesempatan masa sepanjang  sem ini  kami dapat lakukan dengan  terbaik untuk  terus berkarya.Mudah-mudahan blog DakwahisOhsem terus berfungsi untuk manfaat ummah sejagat dan tidak terhenti setakat pengajian kami.

Subhanallah …..Alhamdulillah…..Allahuakbar……..

MUSAFIR ILMU….

Apabila  menyebut  perihal ilmu, ianya tidak dapat lari daripada penuntut ilmu.Untuk menjadi seorang yang berwawasan dan berpengetahuan  seseorang individu hendaklah sentiasa menggalakkan dan menceburkan diri dalam  menuntut ilmu.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Pelajar”???

Pelajar ialah didefinisikan sebagai seorang yang terlibat dalam proses pembelajaran.
Sesuai dengan hadis nabi Muhamad (SAW):-


أطلب العلم من المحد الى الحد
           “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad”

Maka jelaslah di sini bahawa proses pembelajaran itu tidak akan pernah putus ,semenjak kita lahir hinggalah kita meninggal…Ketahuilah ilmu itu penyuluh sinar kehidupan manusia.Galilah sebanyak mana ilmu yang dapat kita pelajari ..

Selain itu, menjadi seorang penuntut ilmu itu mestilah ada batas-batas dalam menuntutnya.Bagi penutut ilmu ia tidak dapat dipisahkan dari adab dan akhlak .Nilai ini hendaklah ditanam dan disuburkan dalam jiwa penutut ilmu.Akhlak penuntut bersama pendidik sangat penting bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dalam segenap segi dunia dan ukrawi.
Namun begitu,kebelakangan ini pelbagai masalah dan tabiat buruk berlaku dalam kalangan penuntut ilmu khususnya.Justeru hal ini sangat mendukacitakan ,kerana penuntut ilmu adalah harapan agama dan ummah.Hal ini hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya .
Antara tabiat buruk yang dapat dilihat ialah:-


1. Datang Lewat Ke Kelas

Sebagai seorang pelajar yang bergelar mahasiswa, kita perlulah bijak dalam menguruskan masa harian. Ada masa-masa yang perlu kita penuhi dan uruskan seperti waktu makan, waktu tidur, waktu ke kuliah, waktu berpesatuan, waktu dengan Pencipta dan banyak lagi. Andai waktu ini kita tak dapat menguruskan dengan baik, maka hidup kita takkan terurus. Kita jadi terkejar-kejar dan kadang-kadang boleh jadi kita tak dapat nak tepati masa. Sebagai contoh, esok kelas pukul 8 pagi. Pastikan malam tu kita dah prepare awal-awal apa yang patut seperti salin jadual dan masukkan buku dalam beg. Ada setengah pelajar, malam tu sempat lagi layan cerita korea sampai 2 hingga 3 pagi. Ada yang jenis bermedia-sosial seperti scroll facebook dan instagram. Sampai esoknya solat tertinggal, kelas melepas. Perkara  sebegini tak sepatutnya berlaku di kalangan pelajar. Amanah yang diberikan oleh ibu bapa sangatlah berat dan wajib ke atas kita untuk menggalas betul-betul amanah yang diberikan.

Seorang ulama’ pernah berpesan kepada anaknya “ wahai anakku, sungguh engkau pelajari satu bab adab lebih aku sukai daripada engkau pelajari 70 bab ilmu”. Kata-kata ini menunjukkan bahawa pentingnya menjaga adab dalam kehidupan terutama ketika menuntut ilmu. Dalam menuntut ilmu antara adab-adab yang perlu dijaga ialah datang awal ke kelas. Kita perlu masuk 5 minit awal sebelum guru masuk untuk mengajar sebagai tanda hormat kita pada seorang guru. Inilah dikatakan pelajar yang beradab. Barulah ada keberkatan pada ilmu yang kita belajar.

2. Ponteng Kelas

Pelajar yang kurang berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan sistem pembelajaran yang membosankan bagi para pelajar yang suka akan keseronokan . Sikap pelajar yang suka hiburan dan terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang diminati mungkin sanggup menghabiskan duit dengan cara tidak hadir ke sekolah untuk menggunakan duit saku yang diberi. contohnya membeli pakaian yang berjenama dan melepak di pusat beli belah dan siber café . Pengaruh rakan sebaya juga adalah salah satu faktornya juga kerana rakan sebaya ini sangat membawa pengaruh yang kuat bagi membina sifat baik ataupun buruk . Sepertimana hadis nabi ada menyatakan dalam hadis Al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari yang bermaksud , 

“ Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti ( berkawan ) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi . Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda , sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumnya . Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar atau mendapat bau busuk “.

Gejala ponteng kelas mudah dipengaruhi dan semakin meningkat apabila kita tersilap memilih rakan kerana mereka lebih berpengaruh daripada kedua ibu bapa kita .
Teguran yang dibuat dikongsikan bersama supaya kita saling memberi peringatan walaupun satu patah kata untuk mngelakkan kita daripada terlalu alpa dengan tipu helah dunia kini . Teguran juga tercatat dalam Al-Quran seperti yang terdapat dalam ( surah Al-Asr : 3 )

“ kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran “.

Sebagai seorang pelajar, kita mestilah menjalani amanah dengan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu  . Malahan ,kita perlu merenung dan mngenangi pengorbanan kedua ibu bapa yang banyak bertungkus lumus  mencari rezeki untuk memberi kemudahan dan keselesaan kita . Jika kita ponteng kelas , ini melambangkan kita sedang menganiayai diri sendiri dan kedua ibu bapa kita . Oleh itu ,kita juga tidak boleh mengkhianati harapan mereka untuk melihat kita menjadi seorang anak yang baik dan berjaya dunia akhirat .

3. Bising Dalam Kelas 

Meskipun begitu,  punca yang menyebabkan berlakunya tabiat ini adalah kerana sikap pelajar itu sendiri yang seringkali bergosip bersama rakan –rakan sebelah tanpa menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan.


   Oleh itu,untuk mengelakkan tabiat buruk ini terus berlaku dalam kalangan pelajar ,pelajar itu sendiri  hendaklah mengambil inisiatif dengan menumpukan sepenuh perhatian semasa berlangsungnya sesi pembelajaran .Jika tidak ada sesi dialog kosong antara pelajar,maka tidak akan wujudlah  suasana yang bising .
Sesuai dengan hadis nabi Muhamad yang berbunyi:-

"إن الله يحب العباده أحسن خلقهم"
Yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyukai akan hamba-Nya yang baik akhlaknya.

Jadi disini kita  dapati bahawa betapa pentingya membentuk tingkahlaku yang baik …
Jika hendak mencapai redha Allah akan kita,maka kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri kita menjadi hambaNya yang terbaik.



No comments:

Post a Comment